Monday, November 8, 2010

PREVENTIVE MAINTAINANCE

Menyaksikan En. Mohd Ariff dari GiTN membuat Preventive Maintainance kali ke-2 untuk tahun 2010, di Bilik Server

Wednesday, August 25, 2010

PENGGANTIAN SMC SWITCH

Alat SMC Switch yang baru perlu diperiksa terlebih dahulu spesifikasinya agar menepati dan mengikut apa yang telah diluluskan oleh pihak Syarikat Bayutronik Sdn. Bhd.

Friday, August 13, 2010

PENGESAHAN DAN PEMANTAUAN


Pn. Mariatin Kiman (Penyelaras PKG. KKB) telah hadir untuk membuat pemantauan pemasangan peralatan LAN di SMK. Sg. Choh. Beliau datang bersama En. Faizal - Juruteknik Komputer PKG KKB (tiada dalam gambar) untuk memantau makmal sekali gus membuat pengesahan pemasangan peralatan tersebut. Walau bagaimana pun pengesahan tidak dapat dilakukan kerana beberapa perkara belum disempurnakan oleh pihak kontraktor

Wednesday, August 11, 2010

PREVENTIVE MAINTANANCE


Membantu juruteknik KUB Sdn. Bhd membuat preventive maintanance peralatan PPSMI Fasa 6 di Bilik PPSMI dan Bilik Tayangan, PPU-BA, PPU-BB, dan PPU-BC.

PEMASANGAN EXINDA

Membantu juruteknik GiTN memasang, membuat konfugirasi peralatan Exinda di Bilik Server

Friday, June 4, 2010

SMC SWITCH


Peralatan SMC Switch yang terdapat di Makmal Biologi tidak berfungsi. Laporan kerosakan ini perlu dibuat kerana alat tersebut masih dalam jaminan pihak kontraktor

Tuesday, May 25, 2010

LCD DEWAN BESTARI


Membantu juruteknik KUB Sdn. Bhd. menguji dan mencari punca kenapa pancaran LCD di Dewan Bestari selalu terganggu

Saturday, May 8, 2010

100Mbps ke-1Gbps

Pemantauan perlu dilakukan terhadap pemasangan naik taraf kabel sistem rangkaian setempat (LAN) yang dipasang oleh Syarikat Bayutronik Sdn. Bhd di bilik Makmal Komputer ICTL.

Friday, April 30, 2010

INSTALLATION

15buah desktop yang disumbangkan oleh SKMM telah dibuat installasi aplikasi MS Office 2007, utiliti WinRAR, Acrobat Reader dan Nero Bunner

Wednesday, April 28, 2010

MENCATAT NOMBOR SIRI

Nombor siri printer HP 1010 perlu diambil sebelum ia dibawa keluar untuk dibaiki oleh pekerja Syarikat Up Komputer Rawang

Friday, March 26, 2010

MENYAMBUNG WIRE AUDIO VIDEO

Wire audio dan video terpaksa disambung untuk membolehkan sistem pemasangan LCD di bilik Bimbingan dan Kaunseling berfungsi dengan baik

Monday, March 15, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Bertugas menyediakan kemudahan multimedia untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 12/3/2010 (Jumaat) yang lalu
Berbincang dengan En. Bakhtiar (Guru KHB) dan En. Haron (juruletrik), kedudukan yang sesuai untuk pemasangan LCD dan skrin di Bengkel KHB pada hari yang sama

Wednesday, February 24, 2010

MEMBETULKAN PAPARAN PROJEKTOR PADA SKRIN


Paparan skrin projektor Makmal Komputer 2 terlebih besar keran jarak projektor dari skrin agak jauh sedikit

MEMBETULKAN KABEL LETRIK DAN KABEL ISDN

Kerja-kerja membetulkan kabel letrik dan Kabel ISDN telah dilakukan pada Jumaat (19/2/2010) yang lalu. Kabel letrik ini terjuntai dan melendut akibat angin kencang






Friday, February 5, 2010

MEMASANG LCD PPSMI

Mentol LCD Makmal Sains 4 yang terbakar telah diganti baru melalui tender penyelenggaraan Peralatan ICT yang dikeluarkan oleh Unit Data dan Maklumat PPD Hulu Selangor

En. Anuar b. Mahad (guru Sains) turut membantu memasang semula LCD tersebut

Kesesuaian paparan pada skrin turut dilakukan setelah LCD siap dipasang


Tuesday, January 26, 2010

PENGGANTIAN KABEL FIBER OPTIK

En. Firdaus, Juruteknik Syarikat SJA membincangkan mengenai penukaran baru Kabel Fiber Optik yang akan menghubungkan Makmal Komputer ke Pusat Akses. Penukaran akan dilakukan secepat mungkin

Wednesday, January 20, 2010

MENGAKTIFKAN PENGGERA


Juruteknik KCP Network memberi penerangan bagaimana untuk mengaktifkan penggera makmal

Monday, January 11, 2010

MEMBETULKAN SEMULA KABEL RANGKAIAN LAN

Rangkaian LAN di Makmal Komputer 2 perlu disusun semula mengikut Nombor IP dan Nombor yang terdapat di face plate. Kerja-kerja ini perlu penelitian dan kesabaran di samping pengetahuan mengenai pengurusan server

Monday, October 26, 2009

GRIL BILIK 6 RENDAH A

Saya dan En. Amran (Pengawal Keselamatan) sedang memilih padlock yang sesuai untuk diletakkan pada "sangkar" speaker dan gril di bilik tingkatan 6 Rendah A.

Thursday, October 15, 2009

Program Khidmat Bantu ICT Sekolah

Saya telah menerima surat daripada PPD Hulu Selangor untuk mengikuti Program Khidmat Bantu ICT Sekolah yang diadakan pada 13 & 14 Okt 2009 di SK Ulu Yam Lama. Program ini dilaksanakan untuk membantu meningkatkan pengurusan, penyelenggaraan peralatan ICT dan kecerian makmal komputer sekolah berkenaan.

Antara masalah yang dihadapi oleh SK Ulu Yam Lama ialah penyambungan rangkaian setempat (LAN) dan sambungan pada Internet yang sekian lama terputus akibat kecurian kabel yang dibekalkan oleh pihak TM.

Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan rangkaian dan membuat penyambungan ke internet. SK Ulu Yam Lama kini telah boleh mengakses internet.

Tuan Haji Mohamad Yusof Bin Abdul Aziz, Pegawai BTP, PKG Sg Choh telah memantau semasa program ini dijalankan.

Monday, October 12, 2009

KONFIGURASI IP BILIK PPSMI

Setelah kemudahan faceplate disiapkan oleh pihak kontratok yang dilantik oleh PPD Hulu Selangor, barulah konfigurasi IP dibuat untuk komputer Bilik PPSMI. Setelah kemudahan internet dapat dicapai, dilakukan pula "update antivirus".

Thursday, October 8, 2009

PENGOSONGAN MAKMAL KOMPUTER 2

Keyboard komputer makmal 2 yang telah dikumpulkan untuk disimpan.

Tuesday, October 6, 2009

PENGOSONGAN MAKMAL KOMPUTER 1

CPU, Monitor yang telah dikeluarkan dari meja makmal komputer untuk dibuat pelupusan

Keadaan makmal komputer 1 setelah dikeluarkan CPU, monitor. Kerusi dan meja akan dikosongkan kemudian.



LAWATAN KE MAKMAL SK BKT BERUNTUNG

Berbincang dengan Penyelaras Makmal SK. Bkt. Beruntung mengenai prosedur mengosongkan makmal. Makmal sekolah ini merupakan makmal komputer yang terawal di daerah ini mendapat perbekalan peralatan komputer yang baru.

Friday, September 11, 2009

MEMBERSIHKAN MAKMAL KOMPUTER

Mengelap lantai sudah menjadi perkara biasa di akhir hari persekolahan pada tiap minggu

MEMETIK BUAH TERUNG TELUNJUK

Masa rehat yang terluang digunakan untuk memetik buah terung telunjuk.


Friday, August 28, 2009

MEMBERSIHKAN MAKMAL

Seperti biasa kerja-kerja hujung minggu persekolahan diisi dengan membersihkan meja, lantai Makmal Komputer 1 dan 2 bersama Penyelaras Makmal Komputer.

PELUPUSAN PERALATAN KOMPUTER


Lawatan ke Makmal Komputer SMK. Syed Mashor, Batang Kali telah diadakan pada 27.8.09 (Rabu) bersama Penyelaras Makmal Komputer SMKSC. Lawatan bertujuan untuk mengetahui prosedur yang betul membuat pelupusan peralatan komputer.

Friday, August 7, 2009

MENGELAP LANTAI MAKMAL 1

Mengelap lantai merupakan salah satu tugas routin mingguan.

MEMASANG JALUR GEMILANG

Memasang Jalun Gemilang di Makmal Komputer sebagai tanda turut serta menyemarakkan lagi semangat patriotik Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-52

Penyelaras Makmal sedang membantu memasang Jalur Gemilang

Kedudukan Jalur Gemilang yang telah siap dipasang