Thursday, October 15, 2009

Program Khidmat Bantu ICT Sekolah

Saya telah menerima surat daripada PPD Hulu Selangor untuk mengikuti Program Khidmat Bantu ICT Sekolah yang diadakan pada 13 & 14 Okt 2009 di SK Ulu Yam Lama. Program ini dilaksanakan untuk membantu meningkatkan pengurusan, penyelenggaraan peralatan ICT dan kecerian makmal komputer sekolah berkenaan.

Antara masalah yang dihadapi oleh SK Ulu Yam Lama ialah penyambungan rangkaian setempat (LAN) dan sambungan pada Internet yang sekian lama terputus akibat kecurian kabel yang dibekalkan oleh pihak TM.

Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan rangkaian dan membuat penyambungan ke internet. SK Ulu Yam Lama kini telah boleh mengakses internet.

Tuan Haji Mohamad Yusof Bin Abdul Aziz, Pegawai BTP, PKG Sg Choh telah memantau semasa program ini dijalankan.

No comments:

Post a Comment