Monday, October 26, 2009

GRIL BILIK 6 RENDAH A

Saya dan En. Amran (Pengawal Keselamatan) sedang memilih padlock yang sesuai untuk diletakkan pada "sangkar" speaker dan gril di bilik tingkatan 6 Rendah A.

Thursday, October 15, 2009

Program Khidmat Bantu ICT Sekolah

Saya telah menerima surat daripada PPD Hulu Selangor untuk mengikuti Program Khidmat Bantu ICT Sekolah yang diadakan pada 13 & 14 Okt 2009 di SK Ulu Yam Lama. Program ini dilaksanakan untuk membantu meningkatkan pengurusan, penyelenggaraan peralatan ICT dan kecerian makmal komputer sekolah berkenaan.

Antara masalah yang dihadapi oleh SK Ulu Yam Lama ialah penyambungan rangkaian setempat (LAN) dan sambungan pada Internet yang sekian lama terputus akibat kecurian kabel yang dibekalkan oleh pihak TM.

Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan rangkaian dan membuat penyambungan ke internet. SK Ulu Yam Lama kini telah boleh mengakses internet.

Tuan Haji Mohamad Yusof Bin Abdul Aziz, Pegawai BTP, PKG Sg Choh telah memantau semasa program ini dijalankan.

Monday, October 12, 2009

KONFIGURASI IP BILIK PPSMI

Setelah kemudahan faceplate disiapkan oleh pihak kontratok yang dilantik oleh PPD Hulu Selangor, barulah konfigurasi IP dibuat untuk komputer Bilik PPSMI. Setelah kemudahan internet dapat dicapai, dilakukan pula "update antivirus".

Thursday, October 8, 2009

PENGOSONGAN MAKMAL KOMPUTER 2

Keyboard komputer makmal 2 yang telah dikumpulkan untuk disimpan.

Tuesday, October 6, 2009

PENGOSONGAN MAKMAL KOMPUTER 1

CPU, Monitor yang telah dikeluarkan dari meja makmal komputer untuk dibuat pelupusan

Keadaan makmal komputer 1 setelah dikeluarkan CPU, monitor. Kerusi dan meja akan dikosongkan kemudian.



LAWATAN KE MAKMAL SK BKT BERUNTUNG

Berbincang dengan Penyelaras Makmal SK. Bkt. Beruntung mengenai prosedur mengosongkan makmal. Makmal sekolah ini merupakan makmal komputer yang terawal di daerah ini mendapat perbekalan peralatan komputer yang baru.

Friday, September 11, 2009

MEMBERSIHKAN MAKMAL KOMPUTER

Mengelap lantai sudah menjadi perkara biasa di akhir hari persekolahan pada tiap minggu

MEMETIK BUAH TERUNG TELUNJUK

Masa rehat yang terluang digunakan untuk memetik buah terung telunjuk.


Friday, August 28, 2009

MEMBERSIHKAN MAKMAL

Seperti biasa kerja-kerja hujung minggu persekolahan diisi dengan membersihkan meja, lantai Makmal Komputer 1 dan 2 bersama Penyelaras Makmal Komputer.

PELUPUSAN PERALATAN KOMPUTER


Lawatan ke Makmal Komputer SMK. Syed Mashor, Batang Kali telah diadakan pada 27.8.09 (Rabu) bersama Penyelaras Makmal Komputer SMKSC. Lawatan bertujuan untuk mengetahui prosedur yang betul membuat pelupusan peralatan komputer.

Friday, August 7, 2009

MENGELAP LANTAI MAKMAL 1

Mengelap lantai merupakan salah satu tugas routin mingguan.

MEMASANG JALUR GEMILANG

Memasang Jalun Gemilang di Makmal Komputer sebagai tanda turut serta menyemarakkan lagi semangat patriotik Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-52

Penyelaras Makmal sedang membantu memasang Jalur Gemilang

Kedudukan Jalur Gemilang yang telah siap dipasang

Friday, July 31, 2009

KURSUS ETIKA SOSIAL Bil 15/2009


Surat panggilan Kursus Etika Sosial tersebut telah diterima pada 31/07/09 (Jumaat). Kursus akan bermula pada 02/08/09 dan berakhir pada 05/08/09 bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam, anjuran Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Thursday, July 30, 2009

MULA BERTUGAS

Saya telah bertugas di SMK. Sg. Choh pada 1.7.09 (Rabu)