Monday, October 26, 2009

GRIL BILIK 6 RENDAH A

Saya dan En. Amran (Pengawal Keselamatan) sedang memilih padlock yang sesuai untuk diletakkan pada "sangkar" speaker dan gril di bilik tingkatan 6 Rendah A.

Thursday, October 15, 2009

Program Khidmat Bantu ICT Sekolah

Saya telah menerima surat daripada PPD Hulu Selangor untuk mengikuti Program Khidmat Bantu ICT Sekolah yang diadakan pada 13 & 14 Okt 2009 di SK Ulu Yam Lama. Program ini dilaksanakan untuk membantu meningkatkan pengurusan, penyelenggaraan peralatan ICT dan kecerian makmal komputer sekolah berkenaan.

Antara masalah yang dihadapi oleh SK Ulu Yam Lama ialah penyambungan rangkaian setempat (LAN) dan sambungan pada Internet yang sekian lama terputus akibat kecurian kabel yang dibekalkan oleh pihak TM.

Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan rangkaian dan membuat penyambungan ke internet. SK Ulu Yam Lama kini telah boleh mengakses internet.

Tuan Haji Mohamad Yusof Bin Abdul Aziz, Pegawai BTP, PKG Sg Choh telah memantau semasa program ini dijalankan.

Monday, October 12, 2009

KONFIGURASI IP BILIK PPSMI

Setelah kemudahan faceplate disiapkan oleh pihak kontratok yang dilantik oleh PPD Hulu Selangor, barulah konfigurasi IP dibuat untuk komputer Bilik PPSMI. Setelah kemudahan internet dapat dicapai, dilakukan pula "update antivirus".

Thursday, October 8, 2009

PENGOSONGAN MAKMAL KOMPUTER 2

Keyboard komputer makmal 2 yang telah dikumpulkan untuk disimpan.

Tuesday, October 6, 2009

PENGOSONGAN MAKMAL KOMPUTER 1

CPU, Monitor yang telah dikeluarkan dari meja makmal komputer untuk dibuat pelupusan

Keadaan makmal komputer 1 setelah dikeluarkan CPU, monitor. Kerusi dan meja akan dikosongkan kemudian.



LAWATAN KE MAKMAL SK BKT BERUNTUNG

Berbincang dengan Penyelaras Makmal SK. Bkt. Beruntung mengenai prosedur mengosongkan makmal. Makmal sekolah ini merupakan makmal komputer yang terawal di daerah ini mendapat perbekalan peralatan komputer yang baru.